Want your
own Fotopage?











 
SALSABIILA

By: EVERTONIAN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 16-Apr-2009 05:10 Email | Share | | Bookmark

 


Bekerja la ni amat sukar bagi mereka yang ingin mengikhlaskan diri kerana Allah... Jika kerana manusia atau mata dunia sangat senang... Bagaimana mahu ikhlas sedangkan solat pun tergesa-gesa... Mengejar deadline itu dan ini... Samada kerja sendiri atau kerja orang lain bagi... Sifatnya hampir sama... badan letih.. makan banyak... solat pun lewat... solat pun fardi-fardi saja... Sukarnya mengingati Allah dalam ber'amal.. andai sekeliling tidak begitu... atau kita sendiri begitu...



Banyak program di sekolah tercinta dua tiga minggu ni... setiap tahun ada saja tuan rumahnya.... Habis setiap program merungutlah yang sekolah kotor, kelas kotor, budak tak buat kerja, cikgu kerja separuh hati, result lingkup... Mengapa terima juga tak tahulah... Saya bukan orang besaq... Setiap tahun di sini begitulah keadaannya...



Manusia bukan pendengar terbaik kerana dia juga perlu didengari orang lain.... Jadi carilah Allah dalam keadaan ini... Bekerja dalam keadaan la ni memerlukan kesabaran maha tinggi... Saya hanya berdoa jika kerja ini menjadi ibadah, saya rela mati di dalamnya... Jika tidak, tak maulah...

Minggu ni mau pulang ke jitra... Nengok bonda... Mencari redha... Mencari tenang.. Dan menenangkannya dgn kehadiran anaknya ini... Lama sudah mencari teman untuk temani mak bersolat di masjid... Mak sgt ingin bersolat di masjid... Di situ dia tenang... Di situ dia tenteram.. Sekarang dia hanya ingin kerap bersama Tuhan... Ingin kerap bersama anak-anak... Namun anak-anak berapa kerap ada masa bersamanya.. Hanya kepada Tuhan aku meminta untuk pulang bekerja di kampung, tempat bonda menumpahkan darahnya bagi melahirkan aku....




AMEEN....MOGA DIMAKBUL KAN........ Tue 12-May-2009 00:46
Posted by:hensemtu  - [Link]
Add comment


Tuesday, 10-Mar-2009 03:16 Email | Share | | Bookmark
Penang... Sungai Siput.. Penang...

 
 


Rabu lepas dapat arahan kena p Penang hadiri kursus Bimbingan Rakan Taulan - cabang program PPSMI... P dengan rakan guru En Jamaluddin @ GK Bahasa... Boleh la makan angin sikit walaupun dua hari ja... Kesejukan dewan kursus di Hotel Copthorne Orchid, Tjg Bungah tu agak berkurang bila isu PPSMI dibangkitkan oleh perasmi... Rakan-rakan guru dari Kuala Kangsar yang lain diam sahaja... Mgkin nak berhujah balas tapi tak boleh sebab bukan masanya... Saya setuju program ini diteruskan dengan adanya perubahan... Saya tak setuju kalau dimansuhkan terus...





mari hotel la ni rasa nak rehat lebih banyak dari nak makan... menu hari tu pun xbest.. just pekena agar-agar pelbagai kaler dan ayaq panaih dan sejuk...





Bila dah habih lunch, kami betolak pulang dengan kce663.. Saya bawak keta ke sana... hajatnya nak sampai awai dari yang naik bas... sampai penang sesat masuk jelutong plak.. dekat sejam memusin cari jalan ke tanjung bungah... sampai-sampai bas dah sampai dulu... kena plak beratoq panjang ambik kunci... sampai bilik tarus tidoq...



Sebelum balik sungai siput, p chowrasta jap nak cari jeruk... memba kat sekolah pesan... p situ tgk ada yang dalam bekas besaq, ada yang dah bungkuih... tgk cara tokey kedai masukkan jeruk dalam beg plastik... aiiii! baik beli yang dah dibungkus... bawak balik letak kat bilik guru kawasana cgu laki dan cgu ppuan... dua-dua bekas licin...



Lepas tu kami balik lah... dah le tu stakat ni... chow!!!!



jeruk/buah pala singgah beli kat carrefour pun sapa tau....nak singgah kat chowrasta tu bukan main susah hang kata.....

nampaknya you enjoy driving....jaga2 di jalanraya.
i luv you small bro
Tue 31-Mar-2009 05:08
Posted by:MFOUZI
Salam...
Senang2 singgah la http://mizzekram.fotopages.com
Thu 9-Apr-2009 08:52
Posted by:Emy emyyuzreena85@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 2-Mar-2009 06:34 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY, HAKIMI

3 atau 4 haribulan ni harijadi anak ke4 abang saya, Zuhair dan kakak ipar Fauziyah... Ingat haribulan je... Jarang dapat berjumpa mereka... Mereka la ni di Masai, Johor.. Mereka ada 5 orang anak...




Sukar nak nyatakan yang jarak adalah kekangan... Rindu yang membulat sering mengiakannya...







SELAMAT HARI JADI HAKIMI... SEMOGA PANJANG UMURMU UNTUK MENIKMATI SAAT DEWASA YANG CEMERLANG DAN BAHAGIA DENGAN IZIN ALLAH SWT


Care to comment?


Thursday, 12-Feb-2009 13:56 Email | Share | | Bookmark
NIKMAT SEBUAH KEJAYAAN

 
 


(Gambar sebelum pergi ke kejohanan peringkat daerah)

La ni ada di Hotel Fair Park, Ipoh, mengiringi pemain badminton daerah Kuala Kangsar bersama beberapa orang lagi guru dr sekolah sekitar daerah menyertai Kejohanan Badminton MSSPK 2009... Atas persetujuan PPD, saya dilantik sebagai Pengurus Kontinjen daerah sebagai hadiah kemampuan melahirkan 3 bakat baru dari sekolah saya..

Alhamdulillaah... dengan izin Allah, 3 pemain sekolah saya dapat mewakili daerah - 2 di bawah 15 tahun, seorang di bawah 18 tahun... Satu sejarah bagi Kelab Badminton sekolah saya... Di daerah ni kebiasaannya tempat-tempat ke Kejohanan Peringkat negeri di sini diisi oleh pelajar Cina... Mereka layak berada di situ jika mereka bersungguh2... Itulah yang saya habaq kat pelajar-pelajar saya.. Nak pi jauh kena komited, rajin dan sanggup berkorban... Begitulah pelajar-pelajar Cina ni... Mereka juga perlu begitu... Kena training, kena komited, kena bersungguh...

Tak enak juga mendengar ada segelintir rakan yang menjadikan ini sebab membenci penguasaan pelajar Cina dalam sukan ini... Penghalang kejayaan kita dalam banyak hal, khususnya dalam badminton ini, adalah tidak mahu berkorban dan berusaha lebih tapi mengharap laba besar... Tak mahu memanjangkan polemik ini... Namun penegasan saya ialah kejayaan yang dihasilkan ini dengan tekad 'Kalau mereka boleh, aku pun boleh!!!'



AHMAD HAFIDZI B. SHAMSUL ANUAR (TG 3)
(Gambar semasa menerima sijil di peringkat daerah)

Di peringkat ni, nampaklah jurangnya antara pemain yg saya latih dgn pemain-pemain dr daerah lain... Seorang pemain bawah 15 saya diundi bertemu wakil negeri yg berasal dari daerah kinta.... Teruk kalahnya... Namun pengalamnnya berharga sekali... Pemain bawah 18 pula dapat ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil dserah Manjung... Di pus kedua, dia tewas kepada pemain daerah Larut, Matang, Selama... Seorang lg tewas kerana kurang kemahiran...



MUHAMMAD QAWIEM ZAKARIA (TG 5)
Gambar semasa menerima sijil di peringkat daerah



MIOR MUHAMMAD NAZREEN B. OSMAN (TG 3)

Berada di sini selama 3 hari... Budak-budak ni dah tumbang pada hari pertama... Namun saya tetap di sini kerana pertama, saya pengurus kontinjen... Kedua kerana ada banyak yang dapat dipelajari disini yang nantinya boleh digunakan di sekolah... Kawasan sekitar hotel ni pun ada wireless connection... Dekat dengan masjid, hospital, Stadium Perak, Stadium Indera Mulia...



HOTEL FAIR PARK, IPOH

Tempat kejohanan itu ialah Pusat Badminton & Skuasy, Kompleks MBI... Ada 12 gelanggang badminton di situ... Kadar sejam satu gelanggang sehingga pukul 7 ialah 4 ringgit. Malamnya dah bertempah... Gelanggang skuasy ada 10... Ada satu kedai alatan badminton dan skuasy di situ... Surau pun ada...




Syukur pada Allah atas nikmat kejayaan ini... Tanpa bantuannya mana mungkin saya dapat membawa pelajar saya itu setinggi ini... Saya banyak memohon pada Allah agar mereka dapat mengawal diri dan bersabar mengatur rentak dalam setiap permainan mereka sehinggalah ke saat kemenangan terhasil... Boleh dikatakan sukan badminton ini banyak mendekatkan saya dengan Allah...

Mereka juga saya bawa pergi bersolat bila tiba waktunya... Menyuruh mereka menutup aurat ketika bermain - sama memakai trek atau tight... Mereka ikut semua itu sehinggalah mereka samapi ke pringkat separuh akhir daerah... Saya hampir menjerit di khalayak ramai bila pelajar saya yang ketiga dapat masuk ke separuh akhir... Msuk separuh akhir daerah dapat la wakil daerah untuk main di pringkat negeri...

Lepas ni kembali sekolah la pulak... Dama minda ni sedang difikirkan beberapa program pembangunan seterusnya... Syukur pada allah atas nikmat ini...

ooo..baru tahu
hmm cikgu kt perenggan kedua yg terakhir tue ade typing error ..<samapi>
Sat 14-Feb-2009 15:52
Posted by:F@IN rafaies@yahoo.com
Gratulace! Keep it up!!! Mon 23-Feb-2009 13:59
Posted by:shihamseishu
hang bila lak nak kawin.... Tue 24-Feb-2009 03:39
Posted by:wild cat..version of ULUTAWAR
Add comment


Tuesday, 10-Feb-2009 16:32 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI JADI, KAKANDA NAJDAH

 
:surprised:





malu ahhhh.. Thu 12-Feb-2009 12:46
Posted by:n1010
erkkk if i'm not mistaken, her birthday falls on Oct 10 isn't it?
by the way, happy belated brthday Najdah Ahmad!
Mon 23-Feb-2009 13:55
Posted by:shihamseishu
re: shihamseishu WRONG MAN.... Tue 24-Feb-2009 13:54
Posted by:n1010
Add comment


Monday, 2-Feb-2009 03:40 Email | Share | | Bookmark
BULAN BARU ke 2 DI TAHUN BARU 2009

 
 
Dah jarang-jarang la ni berfotopej.... Masih cuba mencari masa yang enak untuk bermonolog dalam blog gambaq ni... Tapi rasanya tiada masa tu... La ni pun tinggai lapan minit lagi sebelum masuk kelas... Apa yang ada ni pun gambaq2 tentang peristiwa yang telah masuk dalam lipatan sejarah dan masa...









Gambaq-gambaq di atas tu adalah gambaq Bilik Persediaan Warden yang menjadi tempat tinggal saya 3 stengah taun yg lalu... Mintak dok rumah warden bos xbagi... Maka dudok lah saya di situ selama 3 stengah taun sambil menjalan tugas sebagai warden... Selesa untuk seorang... Jadi xselesa bila beramai... Setaun-dua boleh tahan... Setaun stengah lepas tu tabley tahan... Barang pun dah banyak... Lalu mitaklah saya nak duduk rumah warden skali lagi... Tak boleh juga... Ditanya lagi... tak boleh... Ditanya lagi pada masa yang sama... Tak boleh.. Jadi, saya hantaq la surat letak jawatan sebagai warden... Ngape? Tunggu page berikutnya... Nak gi kelas...





Perletakan jawatan itu telah diterima secara rasmi... Maka rasmilah teratak di atas jadi hunian saya selama... ntah... 2 taun lagi kot... Saya mintak letak jawatan sebab bos xkan benarkan saya bertugas dari luaq... itu dasarnya jadi warden ni- mesti 24 jam dekat dgn penghuninya... Saya terus mohon letak jawatan pun kerana saya paham dia xkan boleh benarkan warden bertugas dari luar... Mesti di dalam... Member warden cuba pujuk dia terima cara tu... Tapi bos saya tu mmg terkenal di sini sbg org yng suka ikut buku... Dia ada rekod perkhidmatan yg mesti dijaga... Hak dia untuk berbuat demikian...



Hahhaa! Semenjak dok tempat baru ni dah bejinak2 dengan boling... Boleh la strike skali dua... Pi la dengan 2-3 member yang sama-sama minat boling...



Member kat bawah tu member kat um dulu... Dia masa UM dulu ngaji di Fakulti Bahasa pengkhususan Bahasa German... Ikut senioriti ngajaq dia lagi senior... Penah ngajaq selama 7 tahun di sekolah swasta di Damansara, Selangor... La dok sebumbung... Ngajaq di sekolah yang sama... katanya boling tu main setiap minggu masa di selangor... sekolah pun ada ligabolingnya sendiri... Dengarmnya seronok sebab tak merasa benda tu kat sini...





Lalu mulalah kitaorang mendaftar lorong, memilih kasut, memilih bola dan kemudian membelasah satu sama lain di lorong boling..... Kalah aku... Jage ngkau!!! Jage!!!!



Let joining us ....http://stmaa.co.cc/...
Hope see ya there!!!
Mon 2-Feb-2009 13:48
Posted by:Endanger PP  - [Link]
klu nak menang, eksersais tgn ngan cangkoi, bukan cangkoi nasi ayam!!!!! Thu 12-Feb-2009 12:50
Posted by:n1010
Camne exercise dgn cangkoi tu berkaitan dgn ketereran main boling? Tunjuk siket... Fri 13-Feb-2009 00:03
Posted by:Ex-Warden
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 6-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Long overdue...

Jalan rumah guwe...
Tempat tinggal baru guwe.... 264
Cuti sekolah lepas, sama-sama membantin tulang bersama cg fouzi membakaq reba blakang rumah... Susah juga nak clearkan.. Api bukan boleh kawai bila dah start nyala... Tambah la lagi asap... Mestilah... Jiran-jiran msti tak suka... Tapi daripada reba rumah kampung kami jadi rumah ulau dan sepupu-sepapatnya, menjalaq tak tentu arah nanti... baik bakaq...





Reba pokok kat depan ja tak clear lagi... mngkin raya cina ni buat sikit kot... Ni lah tempat mak aku bersalin aku... patut sangat aku balas budi kepada tanah ni...



Dah habih membakaq, singgah ambik gambaq kat sekolah lama... sekolah rendah... tempat mula mengenal abc... tempat mengenal 1 2 3... temapt mula kenal manusia... masa mula berdikari... terkedek-kedek setiap pagi ke sekolah ni membawa beg peti merah dan sebekas cucoq kodok gorengan bonda dan duit 3 kupang berian arwah ayahanda... terkedek-kedek bersama adinda salwa... dah banyak guru tak ditemui... aku dah banyak melupai mereka... nanti jangan heranlah kalu student sendiri buat begitu kat kita...





Terima kasih buat yang melawat... Jumpa lagi

long enough to wait 4 oily rice..... Fri 9-Jan-2009 04:50
Posted by:mfouzi  - [Link]
peace pak usu Tue 20-Jan-2009 21:42
Posted by:shihamseishu
ooo....nice post n have nice day sir!! Mon 2-Feb-2009 13:39
Posted by:F@iN rafaies@yahoo.com
Add comment


Thursday, 11-Dec-2008 00:18 Email | Share | | Bookmark
SG SIPUT - SG BUAYA - KULAI/SERI ALAM - S SIPUT - BERTAM - JITRA

 
 
 
Syukur pada Allah dapat sampai di TTM dengan selamat pada jam 4 ptg...



Hampir 1000km lebih perjalanan dengan keta ni, menyampaikan aku kepada abang-kakakku... Menyampaikan hajat bonda melawat anak-anak dan cucu-cucu tercinta... 13 Disember ni cukup lah setahun usianya... Masih cun lagi tueee....



Kali ni raya korban di johor.. Lebih tepat lagi di Kulai, Johor - rumah kakanda Najdah.... Thanks for everything u did for me during my stay.... I apologize for the hardships i caused you during the stay...




Bersama menyambut Aidil Adha di Kulai ni Kak Cik & Bg Cik sekeluarga, Sheh, Kak Fauziyah sekeluarga and Bg Li and Kak Ita sekeluarga...






Hujan pagi raya di Kulai hari tu seakan merahmati perhimpunan kami sekeluarga di sini... Andai semua dapat berkumpul bersama, alangkah nikmatnya... Seramai ini pun - ditambah dengan adanya 13 anak penakan bersama - syoknya tak terkira...

Ntahlah... emosional lah pulak!!! tapi tu lah yang aku rasa...

















Pada jam 1130 pg... Kak Cik dan Bg Li sekeluarga p ke rumah Sheh di Pasir Gudang, perlahan-perlahan meninggalkan sepi pada rumah 12117 ini... Imran pun dah ngerti kesedihan.. Di kala sepupu2nya naik kereta, dia diam membisu... lalu kemudiannya tertidur di pintu rumah... Moga Allah merahmatimu degan kasih-sayang semua sepupu2mu terhadapmu di kemudian hari...




KCE pun beransur pergi selepas itu, selepas Zohor yang sejuk dan penuh rahmat... Terpaksa memberi ruang kepada sepi untuk bertandang di kediaman JFR6433... Berat rasanya nak menekan pedal minyak... Manis yang terasa terpaksa dimuziumkan dalam kenangan... Mengharap peluang dan ruang dan Izin Allah kepada seberapa banyak lagi perhimpunan manis seperti ini... Aamiin....

TQ to you too...
Next time you come again with mom and mem wokeh
Sun 14-Dec-2008 12:34
Posted by:ibucomel
tHANK yOU Tue 16-Dec-2008 14:22
Posted by:SgBuaye.com
Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 14:23 Email | Share | | Bookmark
Kursus Warden aka Melancong....

 
 
Saya telah menerima surat untuk menghadiri kursus warden pada 10 November dan berakhir esok 13 Nov.. Kursus sangat baik... Banyak cerita pengalaman warden didengar semasa kursus selain pengulangan semula perkara seperti soal disiplin asrama, Sistem Maklumat Asrama dan tanggungjawab warden...



Banyak kisah-kisah yang penuh iktibar didengari dalam kursus sebegini... Dan inilah yang menjadikan kursus warden ni kursus yang dinantikan kedatangannya oleh para warden... Meronda kl pun ye juge satu keseronokkannya, tapi itu sampinganlah...



Saya telah diarahkan untuk ke PPD Kinta Utara menunggu bas yang akan mengangkut saya dan 37 orang warden lagi ke sana... Takpa lah kat mana pun.. tahun-tahun lepas kena pi tunggu di ppd kuala kangsar...



Basnya elok sangat, cuma satulah ye... kemalangan dengan bas... drebar bas bawa boleh tahan lajunya... lantas terbayang-bayanglah pelbagai eksiden yang melibatkan bas ni... Bertolak dari ppd kinta 1215, sampai di Hotel Plaza, Jalan Raja Laut jam 3.30 petang...



Selamat sampai... Alhamdulillah... esok naik bas lagi untuk balik.. Harap dapat juga sampai dengan selamat... Hotel Plaza ni menjadi perhentian beberapa kursus JPN perak yang lain... di sinilah kursus warden diadakan sejak 3 tahun ni...




Malam esok di asrama ada majlis jamuan akhir tahun asrama... Kesian member warden saya kat sana urus sorang-sorang jamuan tu... Jaga bebudak tu lagi... 200 orang lebih... Sepatutnya ada 4 warden.. (1 warden - 50 org budak) Tapi, entah apa masalahnya, tinggallah kami berdua menjaga 200 orang budak sampai la...



Menjaga bebudak ni memang susah... Anak orang semuanya... Di asrama ni ada banyak program yang tinggi idealismenya... Nak membentuk pelajar menjadi insan berguna... Tapi ada saja halangannya... Pelajar tak mahu berubah... Mak-bapak tak ambil kisah, serah 100 peratus pada asrama... Pentadbiran sekolah yang tak banyak menyokong dalam soal disiplin dan keselesaan pelajar... dan kekangan masa kami warden sendiri...



Kursus ini umpama terapi menghilangkan ketegangan fikiran yang ada di benak kami ni... Menyedarri yang rakan warden di asrama lain juga mengalami masalah yang serupa membantu menguatkan semangat agar sentiasa utuh berdepan cabaran



HANYA ALLAH TEMPAT MENGADU...


takkan pi kursus upload gambag eksiden.....
aiiiiii.....kena pi kursus lagi nih......
tak kena langsung.....
Thu 13-Nov-2008 23:28
Posted by:mfouzi
saja la nak peringat diri ttg apa yg boleh jadi... malang tak berbau... mati bila pun tak tau...
Sat 15-Nov-2008 10:45
Posted by:UNCLE SU  - [Link]
I have my own fotopages now. Still learning how to put pictures/photos. Just write my full name.
ya..hoo...
Thu 1-Jan-2009 15:02
Posted by:SgBuaye.com/BangChik
Add comment


Friday, 7-Nov-2008 03:21 Email | Share | | Bookmark
one more week to go... (what really - work or school?)

 
 
 


Hari ni Jumaat... Jumaat kedua terakhir bergelumang bersama pelajar dan rakan guru dan ombak kerja di sekolah ni... minggu depan kena pi kursus warden - isnin sampai khamis... budak pun dah xde... ulbs dah selesai... markah dah bagi pada budak (tinggai satu kelas ja lagi)... alhamdulillah... dapat jugak tahun ni satu kelas yang seronok diajar... kelas pertengahan 205... taat, patuh dan ada kesungguhan.. malah ada peningkatan... ada seorang pelajar tu... dia tak datang hari sebelumnya... hari tu saya bagi kerja rumah... esoknya dia datang jumpa saya tanya mintak hantaq sehari lambat dari orang lain... tgk budakny boleh je nak excusekan... tp sy nak uji sikit... saya kata dengan nada keras sikit "tak boleh! hantor esok!" dia jawab "ok cikgu". esok paginya saya tengok buku dia sahaja ada sebelum 7.30 pagi... kawannya yg lain yg sihat wal afiat hantaq lambat sikit hari tu... dalam kelas beri perhatian pada pelajaran saya... xda masalah lain...



harapnya tak berubah lah budak tu... lumrah budak sekolah ni (tak mau cakap pasal sekolah lain) masuk form 3 ada yang berubah sungguh.. sikit sangat yang kekal baik... rabu lepas masuk meeting disiplin wakil ketua warden, hanya seorang pelajar lelaki tingkatan 5 dapat markah 'cemerlang' untuk sijil berhenti... budaknya tinggal di asrama dari form 1 lagi... memang sikapnya bagus... sampai la ni kalu buat salah dengan guru, mintak maaf dia cium tanga guru tu.... alahai.. satu dari beratus yang diajar spjg 5 tahun ni....




mai jangan tak mai. we're right here waiting. Sat 8-Nov-2008 13:12
Posted by:SgBuaye.com
SATURDAY 22/11/08 TO BE PRECISE Mon 10-Nov-2008 09:18
Posted by:ibucomel
JANGAN kasi kasut saja yang berkilat...
DAHI tu kena berkilat juga...
baru ompompuan nak.......
ompompuan kat suka yang merelit......
kena pi kursus MERELIT lakkkkk....
Thu 13-Nov-2008 23:34
Posted by:mfouzi
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.